
Sulit
3 tahun
1.Period x teratur , sakit bahu dan betis , sakit atau keras dibahagian bawah dada
Assalamualaikum doktor, ibu sy patient dialysis tahap 5… Dia selalu dtg period lebih 14 hari dan bila keluar darah tu macam seketul2 (sama macam perut ikan)… Yang kedua ibu saya sekarang sakit di bahagian bahu dan betis menyebabkan dia sakit untuk berjalan…
Yang ketiga, ibu saya sakit atau keras dibahagian bawah dada.bila pegang berketul-ketul , selalu saya urut kat situ, tapi x hilang kerasnya…Mohon pencerahan doktor, Terima Kasih Banyak Doktor, Hanya Allah yang mampu membalasnya,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang dengan masalah muka berminyak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk masalah bahu dan betis sering sakit , berikut merupakan antara sebab ianya boleh berlaku:
- Keradangan otot
- Trauma
- Keradangan ligamen
- Masalah saluran darah
Berdasarkan keterangan anda, benjolan dicelah paha anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.