
Sulit
3 tahun
13 hari lewat period
Saya wanita berumur 23 tahun, baru berkahwin pada 3/4/21. Buat masa sekarang saya consume acid folid. Last period 21/8/21, maka utk bulan 9 Tiada sebarang tanda² nak period. Saya tiada mempunyai masalah period tidak teratur. Cuma ada satu hari, sakit ngeri² di bahagian perut bawah. Terdapat darah berwarna merah jambu bercampur lendir keputihan jernih.
Tapi saya dah buat ujian kendiri (upt) pada 4/10, upt masih negatif. Adakah saya sedang hamil? Atau hcg hormon masih rendah utk saya kenalpasti secara sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui waktu sesuai untuk menjalani ujian UPT dan status kehamilan anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT mempunyai 90% ketepatan. Ia juga mudah untuk digunakan. Waktu sesuai untuk mengambil ujian tersebut adalah 14 hari setelah hubungan intim atau kelewatan waktu haid.
Kami menyarankan agar sebelum melakukan seks, anda menjalani ujian kesuburan. Kami juga sarankan agar anda teruskan mengambil folik asid tersebut.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.