Sulit
3 tahun
1st pregnancy placenta previa type 3
Saya ibu kepada anak berumur 1 tahun sebulan, semasa mengandungkan anak yang pertama, saya menghadapi malah kandungan iaitu placenta previa type 3. Doktor pakar memberitahu saya selepas 3 tahun selepas itu baru saya boleh mengandungkan semula untuk anak kedua. Sekarang anak saya berumur 1 tahun sebulan tapi saya disahkan mengandungkan anak kedua. Boleh doktor terangkan risiko kepada saya untuk kandungan anak kedua ni. saya buntu doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa risiko untuk kandungan kali ini, antaranya:
- Risiko untuk mendapat placenta previa sekali lagi
- Risiko untuk rahim pecah; namun anda akan dipantau dengan lebih kerap oleh doktor
- Risiko untuk uri tertanam di bahagian dalam tisu rahim sekiranya luka pembedahan sebelum masih belum sembuh sepenuhnya
Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk rawatan lanjut untuk anda dan kandungan anda pada kali ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dari doktor kami di atas talian. Terima kasih.