
hoseawilly02
5 tahun
2 biji ketulan kecil pada belakang Leher saya
saya wanita 16 tahun mengalami ketidakselesaan kerana terdapat 2 ketulan kecil di belakng leher Sayal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- Tempoh masa mempunyai ketulan kecil
- Saiz ketulan/perubahan saiz ketulan
- Perubahan warna kulit di bahagian ketulan
- Masalah terhadap pergerakan leher
- Simptom lain (demam,histori trauma pada leher)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih