
Sulit
4 tahun
2 hari cirit birit, lidah putih dan kering
saya wanita 40, saya cirit birit 2 hari lidah putih dan kering

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan cirit birit seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Lidah putih dan kering adalah akibat dehidrasi yang berpunca daripada cirit birit. Antara makanan/minuman yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah dehidrasi ialah:
- Air yang secukupnya, sekurang kurangnya 8 gelas sehari
- Sup kosong
- Popsikel
- Jell-O
- Cecair pengganti lain yang mungkin mengandungi elektrolit (Pedialyte, Gatorade, Powerade, dan sebagainya)
- Penggunaan cecair intravena bergantung kepada penilaian doktor yang profesional mengenai tahap dehidrasi, keupayaan pesakit untuk minum cecair melalui mulut, dan kebolehan pesakit untuk pulih daripada penyebab dehidrasi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.