
ieqa.dechill
5 tahun
2 jam sekali atau 4 jam sekali check suhu badan
Saya ingin bertanya sesuatu,betul ke check suhu badan setiap pesakit perlu dua jam sekali…? biasanya apa yg saya tahu dekat hospital akan check setiap 4 jam

5 tahun
Salam sejahtera.
Untuk makluman anda, pemeriksaan suhu badan adalah berdasarkan kesihatan fizikal anda. Jila anda demam teruk, pemeriksaan harus dijalankan dengan lebih kerap seperti setiap 2 jam. Namun, jika anda sedang memeriksa suhu badan anda atas dasar untuk melihat keberkesanan ubat, anda boleh menjalankan pemeriksaan berkala. Tiada peraturan tetap bagi pemeriksaan suhu.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.