
Sulit
4 tahun
2 tahun tidak membuat pemeriksaan VDRL
Sya wanita dlm lingkungan 20’n, disini saya nak bertanya, dulu perlu mndapat rwatan utk penicillin sifilis, dan sekerang tidak lagi atas sebab2 tertentu, adakah bacaan utk VDRL akan meningkat jika tidak mendapat rawatan lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai usaha anda untuk bertanya pada kami kerana percayakan kami walaupun ini adalah soalan yang sensitif dan peribadi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, VDRL adalah ujian saringan bagi sifilis. Ujian ini mengukur antibodi yang akan dihasilkan oleh badan anda jika anda pernah bersentuhan dengan bakteria yang menyebabkan sifilis.
Anda dinasihatkan untuk mengelakkan hubungan seks sementara waktu sehingga anda sembuh sepenuhnya. Ia menjadi tanggungjawab untuk memberitahu pasangan anda tentang hal ini. Mereka yang aktif secara seksual digalakkan untuk menjalani ujian saringan dengan kerap.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang sifilis? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu