
Sulit
4 tahun
2 titik / tompokan darah keluar tetapi tiada tanda2 darah haid keluar dengan banyak
3 hari lepas keluar hanya dua titik /tompokn darah yg sedikit pada waktu pagi.saya menjangkakan bahawa hari tersebut merupakan hari pertama period saya bermula.namun, sehingga ke hari ini, tiada setitik pun darah keluar lagi . Dan hari terakhir saya datang bulan adalah pada 10/9/2020. Boleh saya tahu apa maksud tanda tompokan darah yang sedikit tersebut? Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan spotting ialah pendarahan yang berlaku di luar waktu haid. Pendarahan yang sedikit dan boleh disebabkan oleh:
- pil perancang kehamilan
- ovulasi
- pendarahan akibat implantasi zygote
- hamil
- pra-menopaus
- trauma
- polyp rahim atau pangkal rahim
- penyakit jangkitan kelamin
- penyakit radang pelvik
- endometriosis
- sindrom polisistik ovari
- tekanan hidup
- masalah kelenjar tiroid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!