myllaqa
6 tahun
3 lump pada breast sebelah kanan
hai doc.dlm 4 tahun lepas kalau x silap,saya pernah disahkan ada lump 3 biji pada breast belah kanan kedudukannya berada dalam angka jam 6,9,12…lps ade lump tu,saya cepat rasa penat dan mmg lump tu akan rasa sakit dan jugak rasa panas pada lump itu.utk pengetahun doc,arwah mak saya ade breast cancer stage 4 dan dia pun dah lama meninggal.saya tak pasti lump ni akan dtg balik atau tidak sebab masa saya nak buat scan kat hsopital,dia hilang sendiri.saya memang dah buat biopsy.saya nak tahu samada lump ni akan muncul balik atau tak?
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Pertanyaan puan mengenai benjolan di payudara harus mendapat pengesahan daripada doktor melalui scan dan biopsi terutamanya jika puan mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kanser. Antara sebab-sebab benjolan di payudara berlaku adalah :
- Kanser
- Penyakit Payudara Fibrocystic
- Papilloma intraductal
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
Walaubagaimanapun samaada benjolan akan tumbuh semula hanya boleh disahkan melalui pemeriksaan lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
































