
Sulit
3 tahun
3thn saya enjet depo
Saya enjet depo 3thn depo.6bln baru berhenti depo.selama 3 thn sampai skrg saya tak pernah uzur.tapi baru2 saya kerap kembung perut dan kerap kencing

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penjelasan anda, kami memahami anda mengambil suntikan perancang (Contraceptive injection) selama 3 tahun dan telah menghentikan suntikan tersebut 6 bulan lalu. Sekarang anda mengalami gejala perut kembung dan kerap kencing. Kami akan berusaha untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan besar gejala yang anda sedang alami tidak disebabkan oleh suntikan perancang yang diambil. Terdapat beberapa punca lain yang boleh kita pertimbangkan bagi mengenal pasti punca masalah anda.
Punca-punca perut kembung adalah seperti berikut :
- Masalah penghadaman (Indigestion)
- Penolakan makanan (food intolerance, biasanya lactose intolerance)
- Gastritis atau radang perut
Manakala punca kerap kencing adalah :
- Jangkitan di saluran kecing (urinary tract infection)
- Penyakit batu karang
- Jangkitan buah pinggang
- Pengambilan air yang berlebihan
Kami menyarankan agar anda merujuk kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang sebenarnya serta mendapatkan rawatan lanjut.
Anda digalakkan menghubungi doktor atas talian kami di sini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.