
Sulit
4 tahun
6weeks pregnancy: penggunaan minyak angin panas
Hai… Sy wanita berumur 26 tahun… Saya sekarang mengandung 6 minggu…tetapi perut saya berasa sangat tidak selesa. Boleh tak saya nak sapu minyak panas seperti minyak cap kapak atau tiger balm atau minyak hijau panas atau apa2 shja jenis minyak angin panas?? Adakah akan memberi kesan kepada kandungan saya?? Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada kajian yang kukuh yang menunjukkan minyak angin panas seperti minyak cap kapak, tiger balm atau minyak hijau memberi kemudaratan kepada ibu hamil.
Saya nasihatkan anda untuk melihat dulu bahan kandungan kerana risau tentang bahan-bahan yang dicampur tidak selamat untuk ibu hamil. Sebaiknya berhati-hati ketika memilih minyak panas yang ingin digunakan ketika mengandung. Dapatkan nasihat daripada doktor anda
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.