
lyanajim
5 tahun
Aakit pada bahagian perut
saya wanita berusia 39tahun…saya sering mengalami masalah sakit pd bahagian perut atas kiri dan ada kalanya kanan bawah. saya tiada masalah sembelit tetapi ada masah buasir…ada kala salur najis saya keluar fresh blood…bila ke clinic doktor mengatakan masalah buasir luar sy yg menyebab keluarnya darah…apabila apply ubat sapu akan kembali pulih…soalan saya, perlukah saya mendapatkan khidmat pakar dalam hal ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
|Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, oleh kerana anda telah didiagnosa oleh doktor dan keluhan perdarahan masih lagi terjadi, anda digalakkan untuk merujuk lagi ke doktor agar penanganan lanjut dapat diberikan sehingga penyakit anda sembuh.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.