
Anonymous
5 tahun
Abang saya meninggal sebab kanser usus
salam sejahtera dr.
saya punya perut rasa sakit2 macam kena cucuk2 pedih kadang2 ada kadang2 x ada
berak tahi hitam n keluar sedekit2…masalah ini sering berlaku lepas makan so adakah masalah ini tanda2 kanser usus??? tolong saya dr. saya amat risau kerana saya mempunyai isteri dan anak seorang…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan sejarah keluarga anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kepada makanan
- Penyakit radang usus - sekiranya tidak dirawat dan berpanjangan boleh menyebabkan kanser usus
- Penyakit Coeliac - alah kepada gluten
- Radang pankreas
- Asid refluks (gastrik)
- Gejala awal kanser usus
- Radang divertikular - poket didalam usus yang radang
Sekiranya anda pernah berak berdarah, demam dan hilang berat badan tanpa sengaja, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.