
Sulit
4 tahun
Acid folic boleh makan for anak dara?
saya 25tahun .dan masih belum nak berkahwin. boleh ambil acid folic as daily supplement? bukan atas sebab nak pregnant.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan untuk membantu kehamilan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Semua wanita digalakkan untuk mengambil asid folik setiap hari walaupun mereka tidak merancang untuk hamil.
Asid folik juga membantu membekalkan nutrien tambahan dan pembentukan sel darah merah bagi wanita yang sedang haid kerana nutrien-nutrien ini telah hilang bersama darah yang keluar. Jadi pengambilan asid folik semasa haid adalah perlu dan tiada masalah untuk mengambilnya.
Bagi mereka yang merancang untuk mengandung, anda hanya perlu mengambil 500mcg folic acid 3 bulan seawalnya sebelum mengandung. Tetapi jika anda ingin mengambil lebih daripada 500mcg, anda dinasihati untuk pergi berjumpa doktor.
Kesan sampingan asid folik ialah gangguan perut/usus, allergi dan gangguan penafasan. Saya sarankan unutk anda bercakap dengan doktor untuk maklumat lanjut serta ubat yang sesuai untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.