Sulit
3 tahun
Acid folic sebelum berkahwin
Saya ayu berusia 23 tahun dan akan berkahwin dalam masa 2bln lagi adakah saya suruh boleh mengamalkan acid folic? Berapa yang disarankan dan cara pengambilan selepas atau sebelum makan? Harap doktor dapat membantu saya terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, asid folik boleh meningkatkan peratusan untuk mengandung. Sebuah kajian juga telah menunjukkan sekumpulan wanita yang mengambil multivitamin yang mengandungi asid folik dapat meningkatkan kebolehan untuk ovulasi dan meningkatkan kesuburan seorang wanita.
Ia boleh diambil jika sudah hampir berkahwin dan merancang untuk memiliki cahaya mata. Kebiasaanya pengambilan adalah sehari sekali sahaja dan seeloknya selepas makan. Namun sebelum anda ingin meneruskan pengambilan folic acid, disarankan untuk merujuk doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan dapat dilakukan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.