
syiepahfyza1
4 tahun
Acid folic utk hamil
Saya wanita 31 tahun sudah berkahwin dan masih belom hamil. Saya ingin brtanya saya baru saja mengambil acid folic tapi setelah seminggu saya mkn acid folic saya dapati perot saya bahagian kiri sakit dan saya stop mngmbilnya. Adakah acid folic ni byk jenis atau acid folic ni x sesuai dgn bdn saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Asid folik adalah sejenis vitamin B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan untuk membantu kehamilan dan perkembangan bayi di dalam kandungan.
Asid folik juga membantu membekalkan nutrien tambahan dan pembentukan sel darah merah bagi wanita yang sedang haid kerana nutrien-nutrien ini telah hilang bersama darah yang keluar. Jadi pengambilan asid folik semasa haid adalah perlu dan tiada masalah untuk mengambilnya.
Kesan sampingan asid folik ialah gangguan perut/usus, allergi dan gangguan penafasan. Saya sarankan unutk anda bercakap dengan doktor untuk maklumat lanjut serta ubat yang sesuai untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.