
Sulit
5 tahun
Acid Reflux (1 minggu)
Selamat pagi doctor. Saya adalah seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Minggu lepas terasa sakit di bahagian kanan bawah tulang rusuk selepas makan. Doctor diagnose acid reflux. Tetapi selepas 1 minggu akan terasa sedikit tidak selesa di bahagian tersebut terutamanya semasa makan & selepas makan. Sekali kala tidur ataupun tergerak yang melibatkan tempat berikutnya akan terasa tidak selesa.
Boleh saya tanya doctor, adakah ini normal untuk acid reflux? Kerana telah 1 minggu dengan memakan ubat tetapi terasa tidak selesa jugak. Terima Kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan.Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.