Anonymous
6 tahun
Ada banyak biji gatal di bahagian luar vagina
Saya wanita berusia 21 tahun. Dua hari lepas, ada dua biji kecil yg gatal timbul di tepi bibir vagina dan selepas itu biji biji gatal tersebut mula merebak dan bertambah ke seluruh luar vagina, apa yg saya patut lakukan? Perlukah saya memeriksa darah?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta biji yang terdapat pada kemaluan anda boleh berpunca:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Jangkitan kulat
Bagi mengurangkan kegatalan yang anda alami, anda boleh mencuba kaedah umum seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































