
Sulit
5 tahun
Ada beberapa ketulann biji kecil di celah punggung
Saya wanita dalam lingkungan 20 an… saya ingin tnya ubat atau cream yg boleh bantu menghilangkan ketulan biji dipunggung yg ad difarmasi … tpi ketulan tu xgatal dan xsakit… Dan saya pula tak rasa sakit bila buang air kecil . Period mcm biasa normal. Adakah itu ketuat? Merbahaya ke doc…saya pergi klinik biasa tpi doc tu xcheck gn proper…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana, walaupun kedudukan ketulan di celah punggung, anda seharusnya menjelaskan masalah yang timbul sewaktu buang air besar. Apabila anda menjelaskan bahawa tiada masalah sewaktu buang air kecil dan juga haid, ini bermaksud lokasi ketulan bukan di punggung, akan tetapi di kemaluan. Memandangkan letak lokasi ketulan menurut penjelasan anda adalah mengelirukan, kami tidak dapat meletakkan diagnosa dan perawatan yang sesuai bagi masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.