
Sulit
5 tahun
Ada bengkak area batang kemaluan. sometime keluar cecair kuning (nenah)
salam sejahtera. saya lelaki berumur 26 tahun. baru2 ni saya mendapati ada bengkak dekat kemaluan saya. posisi dia adalah dibahagian batang , bawah dan berhampiran kepala zakar. dibawah saluran air kencing. kalau dibiar seperti xde apa2 yg berlaku. kadang2 bila saya sentuh (gatal) kawasan yg bengkak tu akan keluar darah. xbanyak… dan kadang2. bila saya balut kemaluan saya biarkannnya selama 1 hari dan setelah saya buka ada cecair kuning (nenah) diatas balutan saya. apakah benda itu? adakah merbahaya? nama ubat yg harus saya perlukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi, antara penyebab kencing bernanah dan gejala sakit ketika membuang air kecil adalah:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.