
Sulit
4 tahun
Ada benjolan di tengah² bahagian bawah tulang rusuk
Salam doktor. Saya ada benjolan di tengaj rusuk bahagian bawah. Ia wujud sejal sekolah menengah lagi. Ia tidak sakit dan rasanya keras seperti tulang. Adakah ianya merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah bengkak tersebut, antaranya:
- Benjolan tisu fiber atau lemak di bawak kulit
- Radang atau jangkitan di bawah lapisan kulit yang mungkin bernanah
- Radang otot
- Kecederaan pada tulang dada
- Masalah pada organ di bahagian dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.