
Sulit
4 tahun
Ada biji di belakang badan
assalamualaikum doktor…saya ana 28 tahun…saya nak tanya doktor dekat belakang badan saya ada macam biji sebesar duit syiling 10 sen…tapi memang langsung tak rasa sakit…saya nak tahu la sebab apa…dan bahaya tak kalau biar camtu je…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada belakang anda boleh disebabkan:
- Lipoma - gumpalan tisu lemak dan tidak berbahaya
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Ganglioma - bengkakan tisu saraf
- Alahan dari gigitan serangga
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.