
Sulit
2 tahun
Ada contact dengan pesakit yagn dipercayai positive Covid-19
Ada orang di office saya dipercayai positive covid-19, tapi tidak pasti adakah ia org yg benar positive kerana pihak pengurusan tidak inform secara official. tetapi jika ia benar, maka saya ada contact dengan orang tersebut. apakah perlu saya lakukan sekarang ini. buat masa sekarang ini alhamdulillah saya tidak ada apa apa simptom yang di nyatakan. minta nasihat doktor. terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Jika rakan sekerja anda didapati positif, anda digalakkan untuk menjalani ujian saringan di hospital kerajaan berdekatan terutamanya jika anda mengalami simptom jangkitan Covid-19.
Sepanjang perjalanan anda, pakai topeng muka, jangan dekati orang lain dan apabila tiba di hospital, terus nyatakan bahawa anda merupakan kontak rapat pesakit COVID-19. Kawasan isolasi akan disediakan untuk anda. Jangan masuk ke dalam ruangan yang ramai orang awam lain kerana khuatir anda akan menyebarkan covid sekiranya positif.
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini