
Sulit
4 tahun
Ada darah dlm urine
Sya berusia 41 thn…sya,ada buat saringan ujian mck dlm didapati ada blood dlm urine …dh buat follwup kt kk tp masih ada lg …kenapa yer doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.