Sulit
2 tahun
Ada diabetes dan hamil
saya berumur 42thn,mengidap diabetes type 2.beberapa hari yg lalu saya disahkan hamil 6 minggu.ini adalah kehamilan pertama saya.saya belum buat buku pink lagi kerana doktor sarankan saya scan kandungan sekali lagi 2 minggu akan datang utk pastikan kandungan saya berjaya atau tidak.utk rawatan diabetes,saya ambil REMICRON MR 60mg sekali sehari.adakah ubat ini selamat utk kehamilan saya?terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, anda ialah seorang penghidap diabetes yang mengambil ubat Remicron MR 60mg. Baru-baru ini anda mendapat tahu anda hamil dan ingin mengetahui jika ubat tersebut adalah selamat untuk kehamilan.
Untuk makluman anda, ubat Remicron MR mengandungi gliclazide, yang boleh membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah. Namun, penggunaan ubat ini dikontraindikasi kepada golongan ibu hamil kerana kajian yang dijalankan atas haiwan menunjukkan masalah hiperglisemia untuk bayi baru lahir selepas kegunaan ubat ini.
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar ibu dan anak untuk mengubah dos dan ubat diabetes anda kepada yang lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.