
Sulit
4 tahun
Ada dua lubang kemih di zakar
saya berusia 36 tahun dan masalah yang saya hadapi ialah zakar saya ada dua lubang kemih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kewujudan dua lubang untuk membuang air kecil pada zakar.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk makluman anda, masalah seperti yang anda perihalkan di atas boleh disebabkan pelbagai faktor, antaranya adalah:
- pembentukkan anatomi yang berbeza sejak lahir
- fistula pada bahagian zakar
- hipospadia
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah