zizinanarose
5 tahun
Ada kah sya mengalami Etopic pregnancy
Saya umur 30y…ini kandungan ke 2 saya…upt positive…tp bila scan Rahim kosong…dri hari pertama sya di sahkan pregnant keputihan berwarna coklat sentiasa Ada…perut sya membesar…skrang saya 9w3day…adakh sya mengalami etopic pregnancy.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tanpa laporan imbasan skan tersebut. Kami tidak mahu memberi maklumat yang salah dan merisaukan anda.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























