
gowrysarimila
5 tahun
Ada kencing manis atau tidak
Saya wanita berumar 26 tahun, sejak minggu Lepas paras gula sebelum breakfast fasting adalah 8.3,7.0,6.8.6.7,.semalam I makan pada pukul 6.30pm Lepas makan pada pukul 8.30pm I check gula adalah 8.8…ada kencing Manis ke atau saya mudah dapat kencing Manis…saya amat berisau sebab Dalam 2 bulan saya akan berkhawin Dan saya takut ia sukar untuk I mengandung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk menjawab soalan-soalan anda, untuk mendiagnos penyakit kencing manis, pesakit tidak perlu mempunyai kesemua gejala-gejala yang anda sebutkan pun kerana diagnosis adalah berdasarkan bacaan darah gula. Manakala bacaan gula yang sihat sebelum makan adalah dibawah 6.1mmol/L manakala selepas makan adalah dibawah 11.0mmol/L.
Bacaan sebelum makan (berpuasa semalaman) diantara 6.1-6.9mmol/L dikategorikan sebagai pra-diabetes. Bacaan melebihi 7.0mmol/L semasa berpuasa dan melebihi 11.0mmol/L selepas makan dikategorikan sebagai kencing manis. Sesetengah orang tidak langsung mempunyai gejala-gejala kencing manis tapi masih boleh mendapat diagnosis kencing manis hasil ujian gula darah. Penyakit kencing manis adalah penyakit yang senyap dimana simptom hanya akan muncul selepas 5-10 tahun seseorang itu sudahpun menghidap diabetes.
Manakala ,masalah kebas kaki anda boleh disebabkan kurang potassium atau kalsium, ketegangan otot ataupun saluran darah tersumbat. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.