satuduatiga12373
5 tahun
Ada ketulan di tengkuk berdekatan dengan telinga
Saya wanita berumur awal 20 an. Ada ketulan di tengkuk sya selepas sya bngun pagi pda beberapa hri yg lepas. Ketulan itu sakit bila di sentuh dn berlarutan dlm 2 hari. Skrang ketulan itu masih ada tpi dah tak sakit. Sudah hampir seminggu saya menghadapi masalah ini. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, masalah benjolan di leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.































