
nhidayani04
5 tahun
Ada Ketulan payudara
Doc , saya ada ketulan dibahagian payudara kiri . tapi hanya satu berdekatan dengan puting . tetapi saya tidak merasa sakit . cuma semasa sebelum datang bulan sahaja merasa sakit di dua belah payudara . ketulan itu tidak membesar . apakah itu normal atau ada simptom barah payudara ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, sakit payudara mempunyai pelbagai punca. Antaranya adalah:
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.