
Anonymous
6 tahun
Ada macam isi lebih diputing payudara
Saya wanita 19thn. Payudara saya jenis inverted nipple. Ada macam isi lebih diputing. Kadang kadang tak rasa nyeri disentuh kadang kadang rasa nyeri bila disentuh. Saya selalu pegang isi tersebut. Sudah lama tak hilang. Kenapa ya doc? Kutil ke ape. Cara nak hilangkannya macam mana ya?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca gumpalan/ketulan di payu dara dan puting terbalik adalah:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!