
Anonymous
5 tahun
Ada period boleh mengandung?
doktor sebelum saya period , saya ada lakukan hubungan bersama suami . kemudian saya makan pil postinor2 selepas dua atau tiga hari haid saya datang . selama 7 hari . darah ny seperti biasa . adakah masih boleh ada pembuahan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Jika anda tidak mendapat haid dalam masa 3 minggu selepas mengambil tablet, anda mesti pergi ke klinik, kerana anda mungkin hamil. Jika Postinor-2 tidak berfungsi, anda boleh hamil. Doktor akan meminta anda untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih