
sufiprestige92
2 tahun
Ada renjatan eletrik sedikit
hello doktor sy nak tanya isteri sy hamil lebih kurang 6minggu, baru ni dia kata ada rasa shock(renjatan elektrik) sikit masa tgh on call telefon dan semasa cas telefon. adakah ada effect pada kandungan? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:
- Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian)
- Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian)
- Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi)
- Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian)
Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudharatan atau hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.
Menurut KKM bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan rawatan di hospital. Namun, jika isteri encik merasakan renjatan itu hanyalah renjatan kecil dan bukan bervoltan tinggi dan tidak menyebabkan luka dan kesan kepada bayi, saya rasa tiada apa yang perlu dirisaukan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.