
Sulit
5 tahun
Ada simptom awal COVID-19
Saya perempuan 35 tahun,demam sejak 3 hari lalu dengan bacaan 37.0 hingga 37.7 Celsius, dua hari sebelum demam ada sakit kepala, pagi tadi 37.0 Celsius, ada batuk, keletihan dan sakit tekak.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Antara punca demam ialah:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini