
Sulit
3 tahun
Ada tak cara lain untuk hiv sebar?
Hi doctor.Dari hari rabu lepas,adik saya yg berusia 5 tahun tidak sihat dan dia demam.Semalam saya perasan najis dia sikit dan berwarna hitam.Saya takut adik saya menghidap penyakit hiv tetapi dia tidak pernah berkongsi jarum atau blade,tidak meminum susu ibu(dia minum semasa dia baby)dan dia tidak pernah berseks.Ada tak cara lain untuk hiv menyebar? Atau ianya hanya kerana ubat-ubatan tertentu?(Dia minum ubat yg diberi di klinik)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, kami memahami bahawa anda risau adik anda umur 5 tahun yang mengalami demam dan perubahan warna najis terdedah dengan HIV. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jangkitan HIV hanya merebak melalui 2 cara iaitu:
- Campuran lendir mukus atau cecair badan seperti lendiran yang dirembeskan pada lubang faraj wanita.
- Campuran darah melalui transfusi darah, pendermaan darah, ataupun menggunakan jarum yang terpakai.
Simptom yang anda nyatakan juga terlalu umum untuk memberi diagnosis tertentu. Saya menyarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.