
Sulit
4 tahun
Ada TONSIL tapi nafas tak berbau, Ada skli kluar darah dari throat. Adakah saya perlu operate?
Adakah tonsil ni bagi effect dkt gigi? Sy ada tonsil sjk 12.2018. Mula2x kecil, skrg jdi besar. Tapi tak menghalang untuk makan. Cuma kadang2x rasa sakit dkt leher. Artu ada bleeding kluar dri throat. Tapi jrg kluar bintik2x putih. Nafas sy tak berbau. N effect dkt gigi mula ada cavities. Adakah sy perlu operate terus tonsil ni?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Pembedahan tonsil atau tonsillectomy adalah salah satu pembedahan yang biasa kepada pesakit yang mempunyai jangkitan tonsil berulang, tonsilitis kronik atau teruk, komplikasi akibat pembesaran dan beberapa penyakit tonsil luar biasa yang lain. Seperti mana-mana pembedahan, ia mempunyai risikonya yang tersendiri. Kesan-kesan sampingannya boleh disebabkan oleh ubat anastesia atau proses pembedahan dan ia boleh berlaku ketika pembedahan atau selepas pembedahan tersebut. Pesakit biasanya akan diberi ubat tahan sakit selepas pembedahan.
Tonsillectomy ialah pembedahan dimana kedua-dua tisu tonsil di belakang kerongong dikeluarkan. Ia biasanya dilakukan untuk penyakit tonsilitis yang berulang, pendarahan tonsil, kesukaran bernafas yang disebabkan oleh pembesaran tonsil dan penyakit tonsil lain seketi kanser tonsil. Seperti pembedahan mulut yang lain, pembedahan tonsil juga mempunyai risiko.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh mengambil di rumah untuk pesakit yang menjalani pembedahan tonsil:
- Ubat: Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat antibiotic. Pesakit digalakkan mengambil ubat yang diberikan dengan betul dan tidak meninggalkan dos
- Kebersihan mulut: Pesakit perlu sentiasa memastikan mulut sentiasa bersih sepanjang proses penyembuhan. Hal ini kerana mulut yang kotor akan mnegundang jangkitan kuman kepada bahagian yang menjalani pembedahan. Penggunaan cecair kumuran akan mencepatkan proses penyembuhan.
- Sajian makanan: Makanan keras harus dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair yang berkalori tinggi harus diamalkan pada hari pertama pembedahan. Makanan sejuk seperti aiskrim akan membantu proses pengunyahan dan penelanan.
- Aktiviti harian: Pesakit haruslah berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti berat.
- Merokok: Merokok adalah dilarang kerana ia akan menganggu proses penyembuhan
- Lawatan dan temu janji berikut: Pesakit haruslah mengikuti temu janji yang diberikan selepas keluar dari hospital. Ini akan membolehkan perawat memeriksa dan menilai tahap penyembuhan selepas pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.