
Sulit
5 tahun
Adaka kehamilan terjadi
Bilehkah saye hamil jika suami saye hanya memancutkan sperma yAng amat sedikit itupon lebihan dari die memancutkan sperma di luar rahim syaa…lagipon saya tidak mencapai klimaks lagi masa itu…saya berharap sangat saye tidak hamil sbb anak saye masih kecil lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, potensi untuk hamil memang ada sekiranya melakukan hubungan seks tanpa perlindungan atau tanpa penggunaan kaedah perancang yang lain.
Untuk mengetahui jika anda hamil atau tidak, saya sarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) sebaik-baiknya slepas 2 minggu haid lewat. Anda juga boleh ke klinik bagi mengesahkan kehadiran janin dalam rahim anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.