
Sulit
4 tahun
Adakah ada kemungkinan untuk mengandung
adakah ada kemungkinan untuk mengandung dengan melakukan hubungan seks tetapi hanya pada bahagian luar faraj sahaja.bukan masuk ke dalam. kerana telah mengalami kelewatan haid selama 5 hari. dan lelaki tidak mengeluarkan sebarang air mani mungkin hanya air mazi sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana anda tidak melakukan penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.