
Anonymous
5 tahun
Adakah air kelapa selamat untuk diminum semasa mengandung?
Saya kini mengandung 30minggu. Adakah selamat untuk saya minum ait kelapa? Kerap mana yang dibenarkan? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, belum ada kajian yang membuktikan kebaikan mahupun efek samping minum kelapa terhadap janin. Justeru, boleh dikatakan meminum air kelapa tidak disarankan dan tidak juga dilarang. Sebagai langkah berjaga, sebaiknya menghindari minum terlalu kerap sampai setiap hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.