
Sulit
5 tahun
Adakah aslene untuk pecahkan lemak?
Boleh saya tahu ubat aslene 120mg tu untuk apa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, aslene adalah merupakan sejenis ubat yang biasanya digunakan untuk keadaan obesiti yang berlebihan iaitu apabila BMI melebihi 30. Ubat ini bekerja dengan cara menghalang penyerapan lemak.
Bagi menanyakan apakah ubat ini sesuai untuk anda berdasarkan riwayat penyakit anda, silakan untuk menghubungi pihak kami di link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.