
nuramirahzolkepali
4 tahun
Adakah Bahaya Bagi Ibu Menyusu Bayi Kekurangan G6PD Makan Ubat Paracetamol (500mg) dan Amoxycillin (250mg)?
Hi doctor! Sy ibu yg sedang menyusu bayi 2 bulan yg mengalami kekurangan G6PD dan kini sedang mengalami kesakitan gigi. Pihak klinik gigi telah memberikan ubat PCM (500mg) dan Amoxycillin (250mg) untuk mengurangkan kesakitan gigi yg dialami sebelum melakukan rawatan yang seterusnya. Soalan sy, adakah sy dibenarkan untuk memakan ubat ini dan apakah kesan pada bayi saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit G6PD deficiency adalah penyakit yang membabitkan sistem darah.
Terdapat bebrapa faktor seperti makanan, ubat serta bahan kimia yang berbahaya kepada pesakit G6PD. Terdapat beberapa kajian serta penulisan mengatakan bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh pesakit ini. Namun bagi Amoxycillin pula, tiada kajian sah yang mengatakan bahawa ubat ini berbahaya kepada pesakit ini. Untuk bacaan lanjut, sila rujuk jadual ini .
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.