Sulit
4 tahun
Adakah berak berdarah bahaya
Jika seseorang itu mengalami najis berdarah namun bila diperiksa tekanan darah dan telah buat ujian darah semuanya normal ,apa punca najis berdarah tapi keadaan darah normal? Apakah sebenarnya penyakit yang sedang dialaminya ? Adakah ini bahaya atau tidak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak penyebab kepada najis berdarah. Antaranya:
Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Rectal ulser
Masalah pendarahan
Pengambilan ubat seperti suplemen iron
Kanser usus
Berikut hanyalah jawapan am kepada soalan yang diajukan kerana berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak pasti ujian darah apa yang telah dilakukan serta maksud ‘semunya normal’ kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu masalah ini tidak seharusnya diambil remeh terutamanya jika terdapat simptom lain seperti:
- Kelihatan pucat, sesak nafas, pening kepala
- Kehilangan berat badan secara mendadak
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.