
Anonymous
5 tahun
Adakah boleh mengambil postinor semasa period kerana pasangan saya terpancut dalam
hai saya nak tnya … saya telah bersama dengan pasangan saya tetapi semasa bersama saya mengalami pendarahan seperti period tetapi saya tak pasti itu period atau bukan tetapi pasangan saya pancut dalam… dan selepas berhubungan saya masih mengalami pendarah seperti period tetapi saya tidak pasti sama ad itu period atau bukan dan saya ingin memakan postinor 2 … adakah boleh jika mengambil postinor semasa period dan ad kesan pada tubuh badan ke? kerna saya takut jika darah itu bukan period dan saya mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penggunaan Postinor semasa haid tidak mempunyai efek buruk serta tidak menurunkan efektivitas ubat dalam mencegah kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.