
Anonymous
4 tahun
Adakah BTL punca hormon tidak stabil
Saya berumur 38 tahun baru melahirkan anak yg ke 4 pada bln 10 tahun lepas Dan telah ikat peranakkan (BTL) krn 4org anak sy dilahirkan melalui czer…namun stlh BTL sy tdk dtg haid hampir 4bln Dan mengalami keguguran rambut yg serius…jadi sy tlh membuat pemeriksaan di klinik swasta Dan tlh mengambil ujian darah untuk menentukan tahap hormon sy… melalui ujian tersebut didapati hormon progesteron sy terlalu rendah iaitu 0.34 manakala hormon estrogen sy ialah 219… jadi sy telah diberi pil hormon progesterone… Alhamdulillah stlh abis pil tersebut sy tlh datang haid…terapi masalah keguguran rambut sy masih serius… skrg sy masih lg menghadapi masalah haid lg, walaupun haid tetapi pengaliran darah spt tdk lancar… apa yg harus sy lakukan ya perlukah sy ambil semula pil hormon lg…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keguguran rambut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keadaan autoimun yang dipanggil alopecia areata iaitu kehilangan rambut pada kulit kepala serta di bahagian badan.
- Ubat-ubatan seperti antidepresan, retinoid, NSAID, penipisan darah, pil kawalan kelahiran dan rawatan hormon lain, ubat-ubatan tekanan darah tinggi, kemoterapi, dan radiasi
- Jangkitan kuman kulit
- Pembedahan utama
- Tiroid lebih aktif atau kurang aktif
- Masalah hormon
- Tekanan yang teruk
- Penyakit autoimmune, seperti lupus
- Jangkitan kulat kulit kepala
- Kehamilan dan melahirkan anak
- Pendedahan kepada bahan kimia seperti thallium, boron dan arsenik
- Anemia - kekurangan zat besi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar dermatologist atau pakar kulit. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.