Anonymous
6 tahun
. Adakah cairan kekuningan dan gatal yg meleleh di vagina sy ini tnda2 gonorea
Dktr . Adakah cairan kekuningan dan gatal yg meleleh di vagina sy ini tnda2 gonorea
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyakit yang boleh mengakibatkan keluarnya cecair dari faraj adalah seperti berikut;
- Candidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Perlu diingatkan cecair yang keluar disebabkan oleh jangkitan-jangkitan ini adalah berbeza bagi setiap jangkitan. Cecair kuning selalunya adalah disebabkan oleh trichomonas atau gonorea.
Ujian makmal perlu dilakukan untuk mengenal pasti organisma yang terlibat dengan mengambil sample dari cecair tersebut. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti antibiotik yang berkesan jika organisma yang menjangkiti anda adalah bakteria.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































