
hyati4273
5 tahun
Adakah chicken pox akan menyerang kembali?
saya wanita 23tahun. pernah terkena chicken hujung februaru lalu. dan sekarang gejala chicken pox timbul semula. adakah mustahil untuk terkena chicken pox semula selepas sebulan lebih? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, chicken pox atau penyakit cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan penyakit cacar api.
Penyakit cacar air atau ‘chickenpox’ ini merupakan sebuah penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus bernama ‘varicella zoster’. Virus ini selalunya menjangkiti golongan muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Ia juga boleh menjangkiti golongan dewasa.
Penyakit cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
Oleh itu, orang dewasa boleh menghidapi chicken pox jenis shingles. Akan tetapi, pemeriksaan kulit dan ujian perlu dilakukan untuk mengenalpasti jenis ruam anda dan adakah ia benar chicken pox.
Antara langkah rawatannya:
- Vaksin bagi penyakit cacar air
- Acyclovir, ubat sapu atau makan untuk ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
- Meminum air yang banyak dan mengambil ubat demam
- Pakaian diasingkan apabila dibasuh, basuh tangan dengan sabun lebih kerap
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.