
Sulit
4 tahun
Adakah dengan dara pecah sahaja menjadikan seseoarang itu hamil?
Dr, adakah dengan dara pecah sahaja menjadikan seseoarang itu hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku apabila sperma dari lelaki bersenyawa dengan sel telur/ovum wanita semasa berhubungan seks. Jika dara yang meregang/pecah bukan disebabkan oleh aktiviti seksual, maka tidak ada potensi kehamilan. Terdapat juga beberapa sebab lain di mana selaput darah boleh pecah atau koyak seperti:
- Melakukan aktiviti yang lasak seperti berkuda dan berbasikal
- Atlet lebih cenderung untuk hilang selaput dara disebabkan oleh aktiviti lasak
- Menggunakan tampon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih