
Sulit
3 tahun
Adakah dengan memegang kemaluan suami sahaja boleh mengandung?
Assalamualaikum doc. pada 26/1 saya ada memegang kemaluan suami saya dan kami tidak melakukan seks kerana ada masalah kesihatan. semasa saya pegang kemaluan suami tu, kemaluannya berair dan suami saya telah mengeluarkan air mazi jadi air mazi suami saya tu terkena pada tangan saya. selepas 30 minit mcmtu saya rasa hendak terkencing (tidak cuci tangan, terus cuci kencing) kemudian saya kencing dan basuh kemaluan saya guna tangan yg saya pegang kemaluan suami tu (ada air mazi). jadi soalan saya, adakah dengan memegang kemaluan suami dan 30 minit selepas itu saya membasuh kencing pakai tgn yg sama boleh menyebabkan mengandung?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa seorang perempuan boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual
Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, persenyawaan masih boleh berlaku jika air mani berada di sekitar kawasan vagina.
Terdapat 2 komponen yang penting untuk menjadikan kehamilan.
- Sel telur wanita dikeluarkan 1 kali dalam purata setiap 28 hari dikenali sebagai proses ovulasi. Bertahan 24 jam pada saluran tuba rahim, kemudian akan meleburkan diri jika tidak dibuahi.
- Sperma. Jika dikeluarkan didalam vagina wanita, akan dapat bertahan hidup hingga 5 hari.
Kehamilan dapat terjadi bila ada pembuahan sel telur wanita oleh sperma. Sperma yang keluar disemprotkan ke dalam vagina wanita akan berjalan menuju saluran rahim tempat sel telur menunggu. Kesempatan untuk terjadinya kehamilan adalah pada saat masa subur, iaitu saat ovulasi yang dihitung dalam purata 14 hari selepas haid.
Jika sperma telah masuk namun bukan pada masa subur, umumnya tidak dapat terjadi kehamilan, Oleh itu, dalam senario seperti diterangkan, kemungkinan untuk hamil adalah kecil kerana tiada proses kemasukan alat kelamin suami ke kelamin wanita dengan pengeluaran sperma yang lebih kurang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya menjalani ujian UPT dan merujuk kepada doktor sekiranya perlu untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.