
Sulit
4 tahun
Adakah dengan pengambilan postinor2 akan mendatangkan kesan kepada ujian kesihatan
Saya ingin bertanya tentang pengambilan postinor2.Saya mengambil postinor2 pada hujung bulan 5 dan saya haid seperti biasa semasa bulan 6,tetapi adakah dengan pengambilan postinor2 akan mendatangkan kesan pada ujian kesihatan saya pada bulan 7.Contohnya ujian air kencing dan sebagainya.Mohon penerangan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Untuk makluman anda, ia tidak akan memberi kesan kepada ujian kesihatan anda. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi, ia bukanlah pil kontraseptif yang diambil secara rutin dan dalam tempoh masa yang panjang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih