
Anonymous
2 tahun
Adakah duphaston dapat menyebabkan kandungan luar rahim
saya wanita berumur 23 tahun . Menghidap PCOS dan masih dalam rawatan dengan Duphaston 2 biji sehari . Saya sudah lambat haid dan saya telah menjalankan UPT dan keputusannya positif hamil . Jadi perlu ke saya ttp mengambil duphaston yg berbaki sehingga habis atau berhenti memakannya kerana takut risiko hamil diluar rahim ? Boleh ke Duphaston mengakibatkan kandungan luar rahim . Mohon pencerahan Dr. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, penyebab paling sering untuk kandungan luar rahim adalah seperti berikut:
- Kehamilan luar rahim terdahulu
- Pembedahan tiub fallopian sebelum ini
- Pembedahan pelvik atau abdomen sebelumnya
- Sesetengah jangkitan menular seksual (STI)
- Penyakit keradangan pelvik
- Endometriosis
Penyebab lain yang sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko kandungan luar rahim termasuk:
- rokok
- berumur lebih tua dari 35 tahun
- sejarah ketidaksuburan
- penggunaan teknologi pembiakan dibantu, seperti persenyawaan in vitro (IVF)
Walaubagaimanapun, kira-kira separuh daripada semua wanita yang terkena kandungan luar rahim tidak mengetahui faktor penyebabnya yang sebenar. Oleh itu, sebaiknya wanita yang aktif secara seksual harus waspada terhadap perubahan dalam tubuh mereka, terutama jika mereka mengalami gejala kandungan luar rahim.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Sergiu Vălenaș